[LAPORAN HISBAH MKKK ]KES : CUBAAN PECAH MASUK RUMAHTarikh:15/9/2017Masa  : 11 MalamTempat : H...



[LAPORAN HISBAH MKKK ] KES : CUBAAN PECAH MASUK RUMAH Tarikh:15/9/2017 Masa : 11 Malam Tempat : Hayyu Safarat(Rumah Mahasiswi) KRONOLOGI KEJADIAN: 1. Kira-kira jam 11.00 malam, kedengaran bunyi loceng rumah berkali-kali ditekan. Ahli bait ketika itu hanya mendiamkan diri dan tidak memberi respon. 2. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu rumah diketuk dengan kuat seterusnya disusuli cubaan membuka pintu oleh haromi. 3. Kedengaran juga bunyi-bunyi di sutuh rumah seakan ada orang sedang berjalan. 4. Ahli bait terus menelefon seorang ikhwah untuk datang ke rumah melihat keadaan yang berlaku. 5. Setelah ketibaan ikhwah tersebut, didapati haromi telah tiada. 6. Tiada berlaku sebarang kehilangan harta. Justeru itu, pihak HISBAH MKKK menyarankan kepada semua ahli MKKK supaya: 1. Pastikan keselamatan rumah kediaman sentiasa berada dalam keadaan selamat. 2. Pastikan pintu,grill dan tingkap sentiasa berkunci dengan baik setiap waktu. 3. Awasi dan peka dengan keadaan sekeliling kawasan kediaman,sekiranya terdapat individu yang mencurigakan, segera laporkan kepada pihak Hisbah MKKK untuk tindakan susulan. Sebarang permasalahan atau aduan boleh terus disalurkan kepada: Pegawai Atase Pendidikan Negeri Kedah: Ustaz Haji Mohd Baihakhi Bin Haji Hassan. (+201100549799) Yang Dipertua MKKK : Ustaz Muhammad Syazwan Faiz Bin Shahrom (+2011 46568848) Naib Pengerusi HEWI MKKK: Ustazah Nur Nabilah Binti Shaibun (+20114 6331632) Pengarah Hisbah MKKK: Ustaz Muhamad Asmui Bin Khalid (+201122794354) Timbalan Pengarah Hisbah MKKK: Ustazah Siti Hawa Binti Bakar (+20 111 9778196) #MKKKdiHati "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" "Mantap Keilmuan Teguh Kesatuan" "BERSATU BERJUANG "