[SERUAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-50]

السلام عليكم ورحمة الله
 وبركاته.

الحمد لله وكفى، و...



[SERUAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-50]

السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته.

الحمد لله وكفى، والصلاة والسلام على الحبيب المصطفى، وعلى آله و صحبه ومن سار على نهجه واقتفى.

Salam sejahtera kepada seluruh ahli Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, daripada barisan pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah sesi 2016/2017.

Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) merupakan satu-satunya wadah kesatuan mahasiswa Kedah di Republik Arab Mesir yang bermula sejak tahun 1968. Kini, usia MKKK hampir mencapai 50 tahun yang berdiri sebagai sebuah persatuan rasmi anak Kedah di bumi Mesir.

Saban tahun, tampuk pimpinan MKKK akan bertukar wajah silih berganti, sesuai dengan pembawaannya yang ingin melahirkan lebih ramai generasi pelapis yang berintelektual, berintegriti dan berkemahiran tinggi. MKKK pada sesi 2016/2017 julung kalinya akan bersidang buat kali ke-50 dengan tema "Syura Disepakati Kesatuan Direalisasi".

Dengan itu, pihak pimpinan MKKK menyeru kepada seluruh ahli untuk bersama-sama menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan MKKK kali ke-50 pada 14 Oktober, hari Sabtu, bermula pukul 7.00 pagi di Asrama Darul Aman 1, Awwal Sabiek, Kaherah.

Syura adalah tunjang utama dalam adat berorganisasi yang berfungsi untuk merungkai setiap permasalahan, melontar cadangan dan muhasabah, memperhalusi setiap gerak kerja, serta menambahbaik setiap kekurangan yang timbul. Umumnya sudah diketahui bahawa syura terdapat di dalam seruan ayat Al-Quran seperti firman Allah SWT :

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَ عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

"DAN BERMUSYAWARAHLAH DENGAN MEREKA DALAM URUSAN ITU. KEMUDIAN APABILA KAMU TELAH MEMBULATKAN TEKAD, MAKA BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERTAWAKAL KEPADA-NYA."

Maka, besar harapan pimpinan sesi kali ini ingin melihat penerus legasi pimpinan MKKK bagi sesi yang akan datang dalam bersama merealisasikan kesatuan dengan sokongan dan dokongan ahli yang padu serta komited membantu menggerakkan MKKK.

Salam mahabbah,
Sekian.

"Syura Disepakati Kesatuan Direalisasi"

#MKKKdiHati
#MKKK49
#MAT50

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Mantap Keilmuan Teguh Kesatuan"

"BERSATU DAN BERJUANG"