[SELAMAT ULANG TAHUN MKKK KE-49].:Hari Ini Dalam Lipatan Sejarah:.15 Oktober 1968 :Majlis Kebaj...



[SELAMAT ULANG TAHUN MKKK KE-49] .:Hari Ini Dalam Lipatan Sejarah:. 15 Oktober 1968 : Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) adalah sebuah persatuan anak-anak Kedah di Republik Arab Mesir, ditubuhkan pada tanggal 15 Oktober 1968 melalui perjumpaan umum pelajar-pelajar Kedah bertempat di rumah No. 6, Jalan Saad Yusuf Al-Fayumi, Medan Geish, Abbasiah, Kaherah. Seramai 13 orang pelajar Kedah diketuai oleh Syeikh Ghazali bin Abd Rahman (Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara sekarang) telah menubuhkan persatuan ini. Barisan Pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kali ke-49 buat warga kesatuan anak-anak Kedah Mesir. Semoga kesatuan ini terus utuh dalam menjayakan agenda kebajikan kepada seluruh Anak Kedah di Perlembahan Nil. #MKKKdiHati "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" "Mantap Keilmuan Teguh Kesatuan" "BERSATU DAN BERJUANG"