[ SUMBANGAN TABUNG ROHINGYA : SIMBOL KEPRIHATINAN MAHASISWA ]

Khamis, 9 November 2017 - Hasil kutip...



[ SUMBANGAN TABUNG ROHINGYA : SIMBOL KEPRIHATINAN MAHASISWA ]

Khamis, 9 November 2017 - Hasil kutipan sumbangan tabung Rohingya yang dijalankan di asrama-asrama Badan Kebajikan Anak Negeri telah diserahkan kepada pihak Muslim Care Cawangan Mesir.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh wakil Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Negeri, Ustaz Mohamad Luqman Bin Mohamad Jasmi, Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) kepada Ustaz Ahmad Syakir Bin Muhammad Faleh Lai, wakil Muslim Care Cawangan Mesir. Penyerahan telah diadakan pada 4 November 2017 yang lalu bertempat di Asrama Rumah Negeri Perlis, Hayyu Sabie dengan hasil kutipan sebanyak LE 8360.

Sehubungan dengan itu, seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

#MKKKdiHati

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Mantap Keilmuan Teguh Kesatuan"

"BERSATU DAN BERJUANG"