Mengenai E-Fiqh
E-Fiqh merupakan ruang maya untuk menjawab segala permasalahan hukum-hakam agama dan kotemporari. Ia berada di bawah Majlis Kebajikan Keluarga Kedah yang diselia oleh DATC yang merupakan perunding UNIKOM MKKK. Segala perbincangan dan jawapan di dalam ruangan E-Fiqh ini akan dijawab secara ilmiah berdasarkan pendapat ulama' ulama muktabar dan ulama'-ulama' kotemporari. Ruangan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Muhammad Aidil Azwal Zainudin. Usaha mewujudkan E-fiqh ini merupakan kesinambungan usaha dakwah melalui kuliah online yang dipancarkan ke seluruh dunia pada setiap hari kecuali Jumaat. Ini merupakan salah satu usaha dakwah yang dilakukan oleh generasi pelapis Ulamak Al-Azhar yang ada pada hari ini.

Segala jawapan yang diberikan berdasarkan Manhaj yang jelas dan benar sebagaimana yang ditinggalkan ulama dulu yang jauh dari jumud dan mempermudahkan hukum. Segala komentar demi untuk memperbaiki hasil kerja yang dilakukan amat dialu-alukan. Moga-moga usaha yang terlalu kerdil ini mampu menjadi modal penimbang di hari akhirat kelak.