Kenali Panel |
Muhammad Aidil Azwal bin Zainudin
ahsanulkalam@yahoo.com
Nama beliau Muhammad Aidil Azwal bin Zainudin. Gelaran beliau Abu Abd Rahman Al-Azhari. Anak kelahiran Negeri Kedah Darul Aman.Merupakan Graduan Syariah Islamiah, Al-Azhar As- Syarif. Beliau banyak mencedok ilmu-ilmu daripada ulama-ulama dunia melalui sistem pengajian talaqi dan juga sistem pengajian moden. Sentiasa mengisi pengajian dan perbincangan bersama pelajar-pelajar Al-Azhar di bumi Mesir. Banyak menyelia hasil kajian, terjemahan dan ulasan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Al- Azhar. Juga beliau banyak menghasilkan tulisan, terjemahan, kajian dan ulasan di dalam pelbagai bidang ilmu. Semoga Allah memberkati segala usaha yang dilakukan oleh beliau.
|
|
|