بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد
KENAPA TIDAK ADA BASMALAH PADA SURAH TAUBAH
1)
Berkata Ibn Abbas: Aku bertanya Ali: Kenapa tidak
ditulis basmalah di dalam surah Bara’ah (taubah)?. Berkata Ali: Ini kerana
basmalah menunjukkan keamanan adapun surah bara’ah diturunan dengan pedang dan
membatalkan perjanjian.
2)
Berkata Sufyan bin Uyainah: Sebab tidak diletakkan
basmalah pada awal surah ini; Ini kerana basmalah itu adalah satu rahmat,
rahmat itu adalah keselamatan. Surah ini diturunkan dengan Munafikin dan pedang.
Tidak ada keamanan dengan Munafikin.
3)
Al-Qurtubi meriwayatkan: Di antara sifat bangsa
Arab jahiliah apabila ingin membatalkan perjanjian, mereka akan menulis surat
pembatalan perjanjian dengan tidak disertakan basmalah.
Surah Anfal diturunkan untuk menjelaskan
perjanjian dan melaksanakan perjanjian. Adapun surah Taubah membatalkan
perjanjian.
4)
Usman bin Affan menganggap surah Anfal dan surah
Taubah merupakan surah yang satu. Anfal permulaan surah. Taubah penutup surah.
Ini kerana terdapat kesamaan kisah di antara keduanya. Dari sini Ibn Al-Arabi
berkata: Ini bukti adanya penggunaan Qias di dalam agama. Usman dan para
sahabat menggunakan Qias apabila tidak ditemukan nas pada sesuatu masalah. Jika
Qias dibenarkan dalam urusan penghimpunan Al-Quran, nescaya terlebih patut di
dalam semua hukum hakam.
Disebabkan anggapan keduanya daripada surah yang satu. Maka tidak diletakkan basmalah sebagai pemisah diantara keduanya.
Allahu A’lam
Disediakan:
Muhammad Aidil Azwal Zainudin