Papar Soalan
Kekeliruan Waktu Berhenti Darah Haid
salam di ucapkan kepada ahli panel..mungkin soalan ini nampak mudah..disini sy terdapat sedikit kekeliruan pada waktu haid berhenti..seperti yang kita tahu mengikut kelaziman apabila datang haid,maka darah haid itu akan berhenti antara 7-10 hari..
soalan disini--> apakah hukum suami yg menyetubuhi isteri apabila darah itu terhenti pada hari ke-7 dan pada keesokkan harinya terdapat sedikit darah,baki darah haid itu...dan apakah hukum darah haid itu...

Feqah
kunyit1108
2008-04-01
3632
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Firman llah Taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 222;

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Sabda baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim;

عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا نَرَى إِلَّا الْحَجَّ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِسَرِفَ أَوْ قَرِيبًا مِنْهَا حِضْتُ فَدَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِي فَقَالَ أَنَفِسْتِ يَعْنِي الْحَيْضَةَ قَالَتْ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ إِنَّ هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ فَاقْضِي مَا يَقْضِي الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لَا تَطُوفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَغْتَسِلِي قَالَتْ وَضَحَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نِسَائِهِ بِالْبَقَرِ

Maksudnya: Aisyah berkata: Kami keluar bersama Nabi bertujuan melaksanakan Haji sehinggalah kami sampai di saraf (kawasan di antara Mekah dan Madinah) atau hampir kepadanya, lalu aku didatangi Haid. Baginda masuk ke khemah ku dalam keadaan aku menangis. Baginda berkata: Apakah engkau didatangi darah? Aku menjawab: Ya. Baginda bersabda: Ini merupakan satu ketetapan yang telah diputuskan oleh Allah ke atas anak perempuan Adam. Laksanakan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang melaksanakan haji, hanya jangan kamu tawaf sehinggalah mandi haid terlebih dahulu. Aisyah berkata: Baginda menyembelih korban untuk isteri-isteriNya dengan seekor lembu.

            Berdasarkan ayat dan sabda baginda Nabi yang lalu dapat kita memahami bahawa para wanita mempunyai keadaan yang khusus berbanding lelaki. Mereka dipertanggungjawabkan dengan beberapa ketetapan yang tidak dipertanggungjawabkan kepada lelaki. Para wanita diberi waktu rehat daripada melakukan ibadat pada waktu didatangi Haid. Penting untuk difahami masalah ini dengan sebaiknya agar tidak ada yang melakukan ibadat pada waktu yang diharamkan dan tidak meninggalkan kewajipan pada waktu yang diperintahkan.

TEMPOH HAID BAGI WANITA

Sekurang-kurang tempoh adalah sehari semalam. Kebiasaannya adalah enam atau tujuh hari. Tempoh maksimum didatangi Haid ialah 15 hari. Sabda Nabi di dalam sebuah hadis yang panjang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi;

فَتَحَيَّضِي سِتَّةَ أَيَّامٍ أَوْ سَبْعَةَ أَيَّامٍ فِي عِلْمِ اللَّهِ ثُمَّ اغْتَسِلِي فَإِذَا رَأَيْتِ أَنَّكِ قَدْ طَهُرْتِ وَاسْتَنْقَأْتِ فَصَلِّي أَرْبَعًا وَعِشْرِينَ لَيْلَةً أَوْ ثَلَاثًا وَعِشْرِينَ لَيْلَةً وَأَيَّامَهَا وَصُومِي وَصَلِّي فَإِنَّ ذَلِكِ يُجْزِئُكِ

Maksudnya: ...Laluilah tempoh Haid sebanyak enam atau tujuh hari mengikut ilmu Allah. Kemudian mandi jika kamu telah mendapati diri kamu bersih dan berhenti darah. Solatlah sepanjang 26 hari atau 23 hari. Berpuasalah dan solatlah, sesungguhnya perbuatan itu dah memadai untuk mu...

Daripada hadis ini sepakat semua Ulama mengatakan tempoh kebiasaan bagi wanita didatangi Haid ialah enam atau 7 hari. Khilaf Ulama hanya pada tempoh minimum dan maksimum. Pendapat Syafie sebagaimana yang telah dijelaskan bersandarkan kepada Adat dan juga ucapan Sayidina Ali;

مَا زَادَ عَلَى الخَمَسَةَ عَشَرَ اِسْتِحَاضَة

Maksudnya: Apa yang melebihi 15 hari dikira sebagai istihadah.

BAGAIMANA CARA MENGETAHUI DARAH HAID SUDAH BERHENTI

Ucapan Aisyah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari;

قَالَتْ لِلنِّسَاءِ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيد بِذَلِكَ الطُّهْرَ

Maksudnya: Ucapan Aisyah kepada para wanita; Janganlah kamu gopoh untuk mandi haid sehinggalah kamu melihat  keputihan sebagai tanda telah bersih.

Daripada hadis ini  dapat dipastikan wanita telah suci daripada Haid dan boleh mandi haid dengan dua cara;

1)     Keluar keputihan seperti warna kapur.

2)     Sudah tidak keluar apa-apa walaupun kekuningan ataupun warna keruh. Caranya dengan dimasukkan kapas ke dalam faraj dan dilihat sama ada kapas dikotori darah atau tidak.

HAID DATANG KEMBALI?

Sebagaimana yang telah disebutkan, bukan satu ketetapan bahawa wanita akan didatangi haid selama tempoh enam atau tujuh hari sahaja. Kemungkinan darah haid berlarutan keluar sehingga 15 hari. Gambaran masalah;

1)     Kebiasaan darah berhenti pada hari ke enam. Tetapi berlaku keadaan darah masih keluar pada hari ke tujuh berlarutan sehingga hari ke sepuluh dan berhenti. Mandi dan solat. Darah sudah tidak keluar setelah itu. Wanita kemudiannya melalui had minimum suci selama 15 hari. Pada situasi ini hukum mengatakan bermula pada hari pertama sehingga hari ke 10 kesemuanya dihitung sebagai darah Haid.

2)     Kebiasaan darah berhenti pada hari ke enam. Berlaku keadaan darah berlarutan keluar pada hari ke tujuh sehingga hari ke 17. Hukum mengatakan pada hari ke tujuh sehingga hari 17 itu dihitung darah istihadah. Ini kerana had maksimum didatangi Haid hanyalah 15 hari. Wanita terpaksa meninggalkan sembahyang dan ibadat pada tempoh istihadah kerana belum dapat ditentukan apakah itu darah haid atau istihadah. Di dalam bahasa Fikah ia dipanggil “waktu menunggu”. Selepas suci wajib qada semua ibadat yang ditinggalkan pada waktu menunggu. Haid hanya pada pertama sehingga ke enam sahaja.

Wanita yang ditimpa istihadah wajib melaksanakan segala tuntutan agama terdiri daripada solat, puasa dan selainnya. Sabda Nabi yang diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad;

فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِي حُبَيْشٍ قَالَتْ أَتَيْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ لَهَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ قَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَكُونَ لِي حَظٌّ فِي الْإِسْلَامِ وَأَنْ أَكُونَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمْكُثُ مَا شَاءَ اللَّهُ مِنْ يَوْمِ أُسْتَحَاضُ فَلَا أُصَلِّي لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ صَلَاةً قَالَتْ اجْلِسِي حَتَّى يَجِيءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذِهِ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِي حُبَيْشٍ تَخْشَى أَنْ لَا يَكُونَ لَهَا حَظٌّ فِي الْإِسْلَامِ وَأَنْ تَكُونَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ تَمْكُثُ مَا شَاءَ اللَّهُ مِنْ يَوْمِ تُسْتَحَاضُ فَلَا تُصَلِّي لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ صَلَاةً فَقَالَ مُرِي فَاطِمَةَ بِنْتَ أَبِي حُبَيْشٍ فَلْتُمْسِكْ كُلَّ شَهْرٍ عَدَدَ أَيَّامِ أَقْرَائِهَا ثُمَّ تَغْتَسِلُ وَتَحْتَشِي وَتَسْتَثْفِرُ وَتَنَظَّفُ ثُمَّ تَطَهَّرُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ وَتُصَلِّي فَإِنَّمَا ذَلِكَ رَكْضَةٌ مِنْ الشَّيْطَانِ أَوْ عِرْقٌ انْقَطَعَ أَوْ دَاءٌ عَرَضَ لَهَا

Maksudnya: Fatimah binti Abi Hubais berkata; Aku bertemu dengan Aisyah dan berkata kepadanya: Wahai Ummu Mukminin, aku gusar jika aku tidak peroleh apa-apa habuan di dalam Islam dan menjadi penduduk neraka kerana telah lama aku meninggalkan solat disebabkan didatangi darah. Berkata Aisyah: Duduk lah kamu di sini sehingga baginda Nabi pulang. Apabila datang Nabi Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, Fatimah binti Hubaisy khuatir dia tidak akan peroleh apa-apa habuan dalam agama dan menjadi penduduk neraka kerana telah lama meninggalkan solat sebab kedatangan Haid. Sabda Nabi: Perintah Fatimah binti Hubaisy meninggalkan solat setiap bulan pada tempoh haidnya, kemudian mandi, balut kemaluan, ikat dan bersihkan. Bersucilah setiap kali ingin solat dan laksanakanlah solat. Adapun darah yang melebihi tempoh haid itu hanyalah gangguan Syaitan atau urat yang terputus atau penyakit yang ditimpanya.

SUAMI SETUBUHI ISTERI DIDATANGI HAID

Berdasarkan persoalan penanya. Belum dapat dipastikan sama ada si suami setubuhi isteri di dalam keadaan Haid atau istihadah. Jika isteri disetubuhi di dalam keadaan istihadah tidak menjadi masalah. Hanya hukum diharamkan setubuhi isteri di dalam keadaan Haid. Berkata Ibn Abbas sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari;

الْمُسْتَحَاضَة يَأْتِيهَا زَوْجهَا إِذَا صَلَّتْ ، الصَّلَاة أَعْظَم

Maksudnya: wanita istihadah boleh disetubuhi suaminya jika dia mampu melaksanakan solat. Solat itu lebih besar.

Maksud ucapan Ibn Abbas, jika solat yang lebih besar boleh dilakukan. Apakah suami jimak isterinya itu terlarang ?!

Berbaki kepada kita jawapan kepada persoalan, jika isteri benar-benar disetubuhi suami di dalam keadaan Haid. Apakah terdapat ketetapan lain selain hukum haram dan wajib bertaubat?

Terdapat kafarah kepada suami yang setubuhi isteri ketika didatangi haid. Wajib mengeluarkan sebanyak satu dinar jika disetubuhi pada waktu darah kuat mengalir. Setengah dinar pada waktu darah hampir berhenti. Kadar dinar ialah: Nilai emas jenis 21 seberat 4.25 gram harga pasaran hari ini. Boleh dirujuk di dalam akhbar mengenai nilai semasa.

KESIMPULAN

1)     Tidak mesti haid hanya datang enam atau tujuh hari sahaja. Boleh berkelanjutan sehingga 15 hari.

2)     Boleh dipastikan wanita bersih daripada haid dengan keluar keputihan atau diperiksa dengan kapas di dalam kemaluan.

3)     Haram menyetubuhi isteri di dalam keadaan haid. Jika tersilap Insya Allah tidak berdosa dan pengampunan itu milik Allah. Sabda Nabi sebagaimana diriwayatkan Bukhari;

رُفِعَ عَنْ أُمَّتِي اَلْخَطَأ وَالنِّسْيَان

Maksudnya: Diangkat dosa kesalahan daripada umat ku jika tersilap dan terlupa.

4)     Walaupun tersilap, tetap dituntut untuk membayar kafarah sebagai menggantikan kesalahan yang dilakukan dengan kebaikan. Ini merupakan ucapan Imam Nawawi. Tidak semestinya kafarah itu pada dosa sahaja.

Allahu A’lam

Disediakan:
Muhammad Aidil Azwal Bin Zainudin

Komentar
Sila login dahulu untuk tinggalkan komentar
ahsanulkalam2008-05-21
Salam. Di dalam fekah di sebut Fatrah Intizar (waktu menunggu). Sebab dinamakan sedemikian sebagai penjelas meninggalkan solat pada waktu itu tidak berdosa walaupun setelahnya nanti kita mendapati darah itu adalah istihadah. Waktu menunggu adalah waktu kita tidak dapat pastikan sama ada darah yang keluar itu haid atau istihadah. Kita berada di dalam persimpangan sama ada melaksanakan ibadat atau meninggalkan. Kaedah Fiqh menyebut: "Jika bertembung diantara memerintah dan menghalang, dahulukan yang menghalang"
ahsanulkalam2008-05-15
Salam. Ana tidak menyebut istihadah kena ganti solat. Perempuan istihadah wajib solat. Fatrah intizar dgn istihadah benda yg lain
hambaAllah2008-05-12
salam..ustaz..terima kasih kerana jawapan yang cukup meyakinkan ana.ana baru je tau yang kita kna ganti solat kita kalau kita istihadhah...syukran..moga Allah ampunkan dosa2 ana..ameen..
hambaAllah2008-05-20
salam..
ustaz,apa yang ana maksudkan ialah petikan ustaz yang ni :"Di dalam bahasa Fikah ia dipanggil “waktu menunggu”. Selepas suci wajib qada semua ibadat yang ditinggalkan pada waktu menunggu. Haid hanya pada pertama sehingga ke enam sahaja.
"
farahdahli2010-02-27
salam wbt...
saya ada kemusykilan disini...
kemusykilan pertama,bagi permulaan dtg haid, saya dapati keluar cecair berwarna coklat cair.kebiasaanya saya beranggapan itu darah haid.tapi,adakah sahih itu darah haid?
seterusnya, kemusykilan ke-2, sering berlaku dimana apabila terkeluar cecair  warna coklat tersebut, selepas itu, tidak ada lagi kesan cecair itu ataupun cecair darah yang keluar untuk 1 atau 2 hari.selepas berhenti selama 1 atau 2 hari,barulah ada kesan darah haid seperti biasa berterusan selama dalam 6 atau 7 hari. adakah tempoh 1 atau 2 hari tersebut dikira haid?

nurnajihah2010-05-20
ana nk mintak copy artikel2 dalam laman web ini utk dijadikan sbg rujukan..terima kasih.
nurnajihah2010-05-20
Sudah tidak keluar apa-apa
walaupun kekuningan ataupun warna keruh. Caranya dengan dimasukkan kapas ke
dalam faraj dan dilihat sama ada kapas dikotori darah atau tidak.(ape maksudnya?maknenya tiada kekuningan @ warna keruh k?)mcm ne klu kite sdh pastikan bhw sms mandi wajib slps kapas itu bersih,ttp keesokan harinya,keluar ccair kkuningn?adakah itu haid @ keputihan