Friday 10th of September 2010 | Jumaat 2 Syawal 1431 Katanama: Katalaluan: [Lupa Katalaluan]
Papar Artikel
Indhibat Takwin Al-Qiadi 2010
Dikirimkan pada 2010-03-18 03:37:28

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab kepada orang yang dipimpin..".

Kepimpinan merupakan elemen yang  penting dalam pembentukan masyarakat madani. Dalam membentuk kepimpinan yang berkaliber, proses pembentukan dan penggarapan individu-individu dalam masyarakat perlulah disusun dengan sebaik mungkin. Di antara unsur-unsur yang perlu digarapkan dalam kepimpinan ialah kesatuan pemikiran (wehdatul fikr), kesatuan tindakan (wehdatul 'amal), dan ukhuwwah Islamiah selain daripada keperluan thaqafah yang dapat melahirkan pemimpin multi-kemahiran.

Atas kesedaran ini, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah di bawah kelolaan Badan Dakwah dengan kerjasama Lajnah Nuqaba' akan menganjurkan program Indhibat Takwin Al-Qiadah (ILTIQA') untuk membentuk barisan pelapis kepimpinan yang mampu memenuhi keperluan masyarakat dan memimpin mereka atas dasar landasan Islam.

Maklumat program adalah seperti berikut :

Hari            : Sabtu & Ahad

Tarikh         : 20 & 21 Mac 2010 M bersamaan 4 & 5 Rabiul Akhir 1431 H

Tempat       : Pusat Peranginan Ra'su Barr, Dumyat

Keterlibatan : Seluruh Ahli MKKK tahun satu di Mesir

Tema          : "Generasi Rabbani Teras Pembangunan Ummah"

*Bagi ahli-ahli tahun satu di Kaherah, sila mendaftar nama anda dan menjelaskan yuran program kepada naqib' masing-masing. Manakala ahli-ahli di muhafazah yang lain boleh merujuk kepada mandub-mandub MKKK di tempat masing-masing.

**Peserta-peserta dari Kaherah akan berkumpul di Asrama Darul Aman 3 (baru), Haiyu Sabiek dan bertolak ke tempat program pada hari Jumaat, 19 Mac 2010, jam 6.30 malam.

Program ILTIQA' kali ini amat istimewa kerana berbentuk rehlah tarbawiah yang memberikan kelainan dari sebelumnya. Di antara pengisian menarik sepanjang program ialah pembentangan kertas kerja, latihan dalam kumpulan, talk show, aktiviti sukan, barbeque, eksplorasi, qiamullail dan lain-lain lagi. Tempat program yang dipilih kali ini iaitu di Ra'su Barr,Dumyat semestinya memberikan suasana yang cukup berbeza dari sebelum ini.


(c) Hakcipta Terpelihara Majlis Kebajikan Keluarga Kedah 2010