Thursday 9th of September 2010 | Khamis 31 Ramadhan 1431 Katanama: Katalaluan: [Lupa Katalaluan]
Papar Artikel
Minggu Mahabbah MKKK
Dikirimkan pada 2010-07-18 23:04:50

Ukhuwah yang terbina dikalangan setiap muslim perlu dipupuk setiap masa agar ikatan ukhuwah tersebut terus utuh dan padu tanpa ada ruang dan jurang yang membezakan antara satu sama lain. Sepertimana yang telah Allah SWT firmankan di dalam Al-Quran yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka perdamaikanlah di antara kedua saudara kamu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Al-Hujurat : 10). Lantaran itu, bagi menyahut seruan Allah SWT ini maka Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) akan menganjurkan "Minggu Mahabbah MKKK" yang akan dikelolakan oleh Badan Kebudayaan,Kesenian, dan Sukan dengan kerjasama Badan dan Unit Ekonomi. Maklumat bagi program tersebut adalah seperti berikut :-

    TARIKH        : 21,22,24 dan 25 JULAI 2010
    HARI            : RABU,KHAMIS,SABTU dan AHAD
    MASA           : 9.00 pagi - 12.00 malam
    TEMPAT        : DATARAN KOMPLEKS HAIYU ASYIR & ASRAMA DARUL AMAN 2

Antara acara menarik yang akan berlangsung di dalam Minggu Mahabbah MKKK ini adalah seperti Kejohanan Sepak Takraw,Ping-Pong,Bola Tampar, dan sukaneka. Selain itu juga, MKKK turut akan mengadakan Bazar Selera Jelapang bagi memeriahkan lagi aktiviti Minggu Mahabbah MKKK ini selain memberi peluang kepada ahli Kedah untuk berniaga secara kecil-kecilan. Oleh yang sedemikian, pihak MKKK dengan ini ingin menjemput seluruh anak-anak Kedah yang berada di Mesir ini untuk sama-sama menyertai dan menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program Minggu Mahabbah MKKK ini akan menguatkan lagi ikatan persaudaraan antara kita semua.


SATU FIKRAH SATU AMAL

*Pihak BKKS akan memaklumkan tentatif penuh Minggu Mahabbah MKKK selepas ini.

Disediakan oleh
Jabatan Setiausaha Agung
Majlis Kebajikan Keluarga Kedah


(c) Hakcipta Terpelihara Majlis Kebajikan Keluarga Kedah 2010